Total Pageviews

Wednesday, 20 July 2011

Tempahan Biskut Raya 2011

SELAMAT DATANG,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog 4ucookies,

Kami adalah pengeluar biskut raya "HOME MADE BASED" yang berpengalaman memperkenalkan biskut keluaran kami pada tahun ini 2011, biskut kami menggunakan 100% butter dan bahan - bahan yang bermutu dijamin HALAL.Untuk meluaskan pasaran , kami menggunakan konsep "Online" pada tahun ini untuk memudahkan pelanggan kami berurusan dan mendapatkan biskut raya tanpa perlu berasak-asak di bazar ramadan.

Sekiranya anda berminat untuk menempah dengan kuantiti yang banyak, harga yang diberikan amat berpatutan dan berbaloi-baloi.Kepada sesiapa yang berminat menjadi agen /pengedar atau pemborong biskut kami, anda bolehlah menghantar butir-butir diri ke 4ucookies@gmail.com untuk keterangan lanjut.Individu juga boleh membuat pesanan.

Cara Tempahan, Bayaran dan Kos Penghantaran


  • Tempahan boleh dibuat melalui email 4ucookies@gmail.com dengan menyatakan
    JENIS BISKUT, KUANTITI , ALAMAT PENGHANTARAN, CARA PENGHANTARAN,.
  • Selepas selesai pihak kami akan mengemailkan invoice dan deposit 50% haruslah dibuat menerusi BANK-IN melalui MAYBANK atau CIMB.No Akaun akan diberikan didalam talian.
  • Sila emailkan masa, tarikh selepas anda bank-in untuk pengesahan.
  • Diingatkan, Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya tempahan dibatalkan.
  •  

Kos dan Maklumat Penghantaran

 Penghantaran biskut raya boleh dibuat di sekitar lembah klang sahaja dengan sedikit kos RM15 untuk tempahan 20 bekas kebawah . TIADA kos penghantaran dikenakan jika pembeli datang mengambil sendiri tempahan mereka di tempat kami di Kuala Lumpur.Pengambilan juga boleh dibuat di sekitar Times Square, Sila email setelah membuat pembayaran dan untuk menetapkan masa penghantaran
  • Penghantaran PERCUMA bagi mereka yang membuat pembelian 20 bekas biskut keatas (Lembah Klang Sahaja & bukan ejen).
Tempahan di luar lembah klang,Sabah / Serawak dan Brunei penghantaran melalui Poslaju ,harga tertakluk kepada berat kiriman dan kos penghantaran ditanggung oleh pembeli.Kami akan membuat packaging menggunakan buble plastik didalam bekas dan juga didalam kotak dan no rujukan pos laju akan diberikan kepada anda.Kos penghantaran akan diberitahu kemudian sebelum penghantaran dilakukan.Selalunya pihak kami tidak mempunyai apa -apa masalah penghantaran dengan Poslaju.



TARIKH PENGHANTARAN
Tarikh akhir penghantaran biskut adalah 2 minggu puasa bagi PEMBORONG dan minggu ketiga puasa untuk tempahan Individu atau Pengedar .Pihak kami menasihatkan agar pesanan di buat awal kerana biskut kami hanya akan diproses selepas tempahan disahkan dan tertakluk kepada stok yang ada. Pihak kami berhak untuk menolak pesanan yang dibuat sekiranya melebihi kapasiti kami. Ini adalah bertujuan untuk menjaga kualiti biskut untuk kepuasan pelanggan, dan juga penghantaran tepat pada masa yang dipersetujui.


Tester Biskut Raya



        TESTER CAMPUR
  • Harga RM 20.00 sebekas
    Pihak kami menyediakan sample biskut raya yang memuatkan kira-kira 50 biji kuih raya bagi memudahkan anda merasa dan membuat pilihan kuih raya yang anda mahu. Anda boleh memilih 5 jenis biskut dari catalog untuk setiap bekas.
  • MINI TESTER
         Pihak kami menyediakan Tester 25 biji sebekas dengan harga RM 10.00 sebekas untuk
         sejenis biskut raya.Tester dikeluarkan selagi ada stok.