Total Pageviews

Wednesday 22 February 2012

Tempahan Muffin dari Kak Eton

Ini adalah tempahan muffin coklat sebanyak 150 pcs dan muffin vanilla choclate chips untuk majlis kesyukuran

Tuesday 31 January 2012

Rendang ayam Mudah

RENDANG AYAM MUDAH 2 ekor ayam (berat 2 kilo yee,potong ikut suka 3 inci halia 5 labu bawang besar 8 ulas bawang putih 13 biji cili padi 4 biji sedang kunyit hidup (bahan diatas dikisar halus) 4 senduk cili kering yang telah dikisar 5 batang serai yang dititik 1liter santan (guna santan ms colour kuning pun boleh ) daun kunyit secukupnya daun limau purut secukupnya gula dan perasa secukupnya 500gm kerisik kelapa Cara:- 1.Basuh ayam bersih - bersih dengan tepung gandum,bilas dan toskan 2.Masukan ayam didalam kuali dan tuangkan bahan kisar bersama cili kering yang telah dikisar.kacau,Biarkan seketika sehingga minyak ayam keluar. 3.Tunggu sehingga kering sedikit, masukan santan, kerisik dan daun limau perut serta serai yang telah dititik . 4.Tunggu sehingga agak kering barulah dimasukan daun kunyit yang telah diracik halus.masukan gula dan perasa secukupnya mengikut selera masing -masing.. Nota: 1 ayam juga boleh dibasuh bersama asam jawa 2.Rendang ini tahan kerana ia menggunakan santan tanpa kolestrol serta tidak banyak minyak mengalir. SELAMAT MENCUBA

Kuah Kacang

Assalamualaikum..dah lama aku tak masukkan entry baru,maklumlah sibuk dengan anak-anak disamping menyiapkan tempahan jiran-jiran...tanggal 29hb january aku buat majlis hari lahir anak ku yang kedua iaitu liyah, sekarang beliau berusia 4 tahun pada 22 januari lalu..menu pada hari itu ialah nasi impit, kuah kacang,apam palkadot , yong tau foo dan juga kek choclate yang aku buat sendiri...meriah juga apabila dihadiri oleh kedua - dua adikku yang sudah bertahun tidak bertemu...juga adik beradik disebelah suamiku...inilah kali pertama aku membuat majlis di rumah baruku ini.. Oklah...ini dia resepi kuah kacang....ibu mertuaku kata sedap ...gembiranya aku kerana ibu mertuaku ini susah nak memuji...hehe..boleh dimakan dengan nasi impit dan sesuai untuk dibuat sebagai kuah steamboat juga...
KUAH KACANG Bahan A 3 labu bawang besar 6 ulas bawang putih halia sebesar ibu jari (agak-agak ye) lengkuas sebesar ibu jari (agak-agaklah) 4 senduk nasi cili kisar ( cili kering ) Bahan B 1/2 cwn asam jawa pekat 3 sudu gula 500 gam kacang tanah ( aku beli yang dah siap mesin ) 2 cawan air 4 batang daun serai dititik Caranya 1. Bahan A dikisar halus. 2.Panaskan minyak 4 sudu makan, kemudian masukkan bahan kisar, tunggu hingga garing dan naik wangi baru lah dimasukkan cili kisar...tunggu sehingga garing dan keluar minyak. 3 Masukkan kacang, gaul mesra, tuang kan 2 cawan air, masukkan air asam jawa diikuti dengan gula..akhir sekali masukan daun serai...masak hingga peecah minyak,masukan perasa sesedap rasa.. 4 Angkat apabila kuah kacang telah pecah minyak.. Nota: Jika kuah tersebut agak pekat boleh lah ditambah secawan air lagi...

Friday 30 December 2011

Apam palkadot

Salam, hari ini amat membosankan, so untuk menghilangkan kebosanan, aku mencuba membuat apam palkadot. alahamdullilah percubaan pertama menjadi.. tetapi aku terlupa ambil gambar, nantilah aku uploadkan gambarnya...pastinya nyummy, suami dan anak-anakku amatlah suka...

Resepi ku ambil dari internet juga..resepi ni disumbangkan oleh lyne kat myresepi dan aku copy dari http://citrarasahanaz.blogspot.com/

APAM PALKADOT
Bahan-bahan
3 biji telur
275 gm tepung gandum
200 gm gula halus
150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovallete

Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna & Esen Vanilla

Cara-cara ,

1- Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit. Masukkan susu, ovellette, esen vanilla dan pukul lagi. Sambil2 itu masukkan tepung sedikit demi sedikit.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa

2-Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

3-Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. Saya guna acuan tart , kawan saya guna acuan apam..boleh je mana2..asalkan berlapik

4-Picitkan blueberry filling secukupnya

5-Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan

6-Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit

7-Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah

8-Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.

Tuesday 27 December 2011

Petua Masakan

Petua-petua ini adalah petua dari orang-orang tua dahulu. Tujuannya adalah untuk memudahkan kita memasak.

1. Daging hamis dan untuk daging empuk dengan cepat.
    Masukkan setengah cawan air kelapa muda atau sudu

2.Hanyir Ayam
   Boleh mengunakan daun pisang, caranya ramas sedikit daun pisang bersama ayam atau dibasuh 
   dengan tepung gandum

3.Hanyir Ikan
   dibasuh menggunalan limau nipis atau asam jawa

4.Udang sentiasa segar
   Caranya masukan 2 sudu besar gula kedalam bekas udang yang telah dibasuh bersih.Tutupkan dengan
   kemas sebelum disimpan dalam peti sejuk.

5.Menghilangkan getah pucuk ubi
   Ramas pucuk ubis dengan garam selama 5 minit, kemudian bilas.

6.Menghilangkan gatal sayur keladi
   Masukkan beberapa hiris pinang

7.Menghilangkan getah nangka
   nangka dibasuh menggunakan garam dan sedikit minyak masak

8.Taugeh tahan disimpan
   rendam taugeh dalam perahan limau nipis

9.Goreng pisang rangup
   Caranya, tepung gandum, kunyit, garam dan 1 sudu minyak masak dibancuh bersama beserta air hingga
   mendapat kepekatan yang diiingini

10.Untuk mendapatkan kuah hitam yong taufu yang sedap
     Masukkan lebih gula kedalam sos hitam untuk memekatkan kuah supaya kuah melekat pada steamboat
     anda dan masukan sedikit bancuhan tepung jagung

11.Cili mesin tahan lama disimpan
    caranya cili yang telah dimesin harus digereng bersama minyak sedikit, kemudian masukan kedalam bekas
    bertutup sebelum disimpan di dalam peti ais.

12. Santan tahan lama
     masukan dalam bekas penutup bersama sedikit garam, kemudian simpan dalam peti sejuk

13.Peti sejuk berbau
     Masukan seketul arang dan ia boleh menghilang bau yang kurang menyenangkan didalam peti ais anda.

14.Biskut cepat lemau
     Taburkan sedikit gula pasir kedalam bekas untuk menyimpan biskut.

Petua ini adalah untuk rujukan aku dimasa akan datang dan diambil dari sumber pembacaan.

Wednesday 2 November 2011

Hi, aku dah selamat bersalin...syukur alahamdullilah, si comel nie umurnya dah sebulan setengah, dah pandai tak nak tido malam..letihnya melayan kerenah dia dan abang serta kakak-kakaknya..Beratnya masa bersalin lebih kurang 3.6 kg, nie lah anak-anakku yang paling besar....

Sunday 18 September 2011

Tempoh Bersalin

Hari ini aku diarahkan oleh doktor untuk masuk wad bersalin secara induce, walaupun ini anak ke empat, aku rasa sedikit takut bile membaca komen - komen forumer tentang kesakitan yang teruk apabila kena induce. hatiku agak walang...

Semoga aku selamat bersalin ..

Saturday 27 August 2011

TEMPAHAN BISKUT 2011 TELAH DITUTUP

Salam kepada pembaca blog 4ucookies,,
Tempahan biskut 2011 dengan rasminya telah ditutup..Terima kasih kepada semua pelanggan, pemborong dan juga pengedar yang telah menempah biskut keluaran kami...

Jumpa pada tahun 2012...