Menerima tempahan homemadecoklat, muffin,apam dot-dot, cupcakes, macaron, biskut & cookies,tartlet,pulut kuning, cenderahati untuk majlis pertunangan, majlis perkahwinan, sambutan hari lahir, kenduri cukurjambul dan lain-lain..Mempunyai berbagai perisa dan inti dan menggunakan bahan-bahan yang dijamin halal dengan harga berpatutan.TEMPAHAN DIBUKA SEPANJANG TAHUN.Hantarkan email ke 4ucookies@gmail.com atau hubungi 019-2496424 untuk keterangan lanjut.
Total Pageviews
Wednesday, 22 February 2012
Tempahan Muffin dari Kak Eton
Ini adalah tempahan muffin coklat sebanyak 150 pcs dan muffin vanilla choclate chips untuk majlis kesyukuran
Tuesday, 31 January 2012
Rendang ayam Mudah
RENDANG AYAM MUDAH
2 ekor ayam (berat 2 kilo yee,potong ikut suka
3 inci halia
5 labu bawang besar
8 ulas bawang putih
13 biji cili padi
4 biji sedang kunyit hidup
(bahan diatas dikisar halus)
4 senduk cili kering yang telah dikisar
5 batang serai yang dititik
1liter santan (guna santan ms colour kuning pun boleh )
daun kunyit secukupnya
daun limau purut secukupnya
gula dan perasa secukupnya
500gm kerisik kelapa
Cara:-
1.Basuh ayam bersih - bersih dengan tepung gandum,bilas dan toskan
2.Masukan ayam didalam kuali dan tuangkan bahan kisar bersama cili kering yang telah dikisar.kacau,Biarkan seketika sehingga minyak ayam keluar.
3.Tunggu sehingga kering sedikit, masukan santan, kerisik dan daun limau perut serta serai yang telah dititik .
4.Tunggu sehingga agak kering barulah dimasukan daun kunyit yang telah diracik halus.masukan gula dan perasa secukupnya mengikut selera masing -masing..
Nota:
1 ayam juga boleh dibasuh bersama asam jawa
2.Rendang ini tahan kerana ia menggunakan santan tanpa kolestrol serta tidak banyak minyak mengalir.
SELAMAT MENCUBA
Kuah Kacang
Assalamualaikum..dah lama aku tak masukkan entry baru,maklumlah sibuk dengan anak-anak disamping menyiapkan tempahan jiran-jiran...tanggal 29hb january aku buat majlis hari lahir anak ku yang kedua iaitu liyah, sekarang beliau berusia 4 tahun pada 22 januari lalu..menu pada hari itu ialah nasi impit, kuah kacang,apam palkadot , yong tau foo dan juga kek choclate yang aku buat sendiri...meriah juga apabila dihadiri oleh kedua - dua adikku yang sudah bertahun tidak bertemu...juga adik beradik disebelah suamiku...inilah kali pertama aku membuat majlis di rumah baruku ini..
Oklah...ini dia resepi kuah kacang....ibu mertuaku kata sedap ...gembiranya aku kerana ibu mertuaku ini susah nak memuji...hehe..boleh dimakan dengan nasi impit dan sesuai untuk dibuat sebagai kuah steamboat juga...
KUAH KACANG
Bahan A
3 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari (agak-agak ye)
lengkuas sebesar ibu jari (agak-agaklah)
4 senduk nasi cili kisar ( cili kering )
Bahan B
1/2 cwn asam jawa pekat
3 sudu gula
500 gam kacang tanah ( aku beli yang dah siap mesin )
2 cawan air
4 batang daun serai dititik
Caranya
1. Bahan A dikisar halus.
2.Panaskan minyak 4 sudu makan, kemudian masukkan bahan kisar, tunggu hingga garing dan naik wangi baru lah dimasukkan cili kisar...tunggu sehingga garing dan keluar minyak.
3 Masukkan kacang, gaul mesra, tuang kan 2 cawan air, masukkan air asam jawa diikuti dengan gula..akhir sekali masukan daun serai...masak hingga peecah minyak,masukan perasa sesedap rasa..
4 Angkat apabila kuah kacang telah pecah minyak..
Nota: Jika kuah tersebut agak pekat boleh lah ditambah secawan air lagi...
Subscribe to:
Posts (Atom)